Friday

tengahari yang gering..


Gua mengelap peluh di badan..cuaca panas dan berhaba..

Tengahari sehari ini semakin panas..berbeza sewaktu zaman hang tuah lima bersaudara dahulu..dunia telah berubah..matahari gah memancarkan cahaya tiada belas kasihan menghentam bumi..manusia semakin hilang pertimbangan..gua duduk bersantai di pinggir berandar kediaman gua merenung berfikir sambil menyedut asap rokok..penjualan rokok kepada umur 18 tahun kebawah adalah dilarang..gua berumur 22..terlepas sudah dari undang-undang...

Di muka pintu gua lihat black sedang mundar mandir...black merupakan seekor kucing yang sedang dipertimbangkan kerakyatannya di kediaman ini...di usia remaja..black masih lagi lincah dan bertenaga..ada sahaja yang menjadi mangsanya..gua panggil black...black datang kepada gua dengan langkah perlahan..

"lu ni pehal black ke hulu ke hilir memekak pulak tu" gua bersuara...

"miauw..miaw..lantak gua la..gua tak menyusahkan lu pun miauw..miauw" black menjawab sambil menjilat bulunya..

"memekak je lu taw..lu ni kucing spesies jenis pe ha black, bulu hitam semua..takde seni langsung..lu ni tak macho la black"...

Black masih lagi menjilat bulunya...beberapa ketika black memandang ‘daring’ kepada gua..gua memang pantang sikit kalau kucing pandang gua macam tu...gua tarik kening merenung tajam ke arah black..black akur dengan renungan gua...kalau diteruskan mungkin ada pertumpahan darah di sini..black berlalu pergi..Sejak kebelakangan ni gua tengok black sudah pandai menggatai..setiap hari ada sahaja awek yang dibawaknya pulang kerumah...usia remaja...gua malas nak ambil port..

Gua masih lagi menyedut asap rokok..gua renung ke barat...memang tiada ciri-ciri kebaratan dalam jiwa gua....gua beralih renungan ke sebelah timur...mampat serta mampan dengan ciri ketimuran...ciri utara dan selatan memang langsung tiada dalam jiwa gua...burung-burung lunak berkicau..ayam-ayam sibuk mencari cacing di tanah...manusia tengah sibuk bekerja mencari rezeki...tengahari yang gering...



Gua mengelap peluh di badan..cuaca panas dan berhaba...

No comments:

Post a Comment